About Us

FAIR TOUCH SDN. BHD. adalah sebuah syarikat pembuatan pelbagai jenis perabot Sistem pejabat, sekolah, universiti, hotel, rumah kediaman dan lain-lain sektor pengguna. Mempunyai kemudahan kilang pengeluaran-nya di Lot 367, Batu 15, Jalan Klang-Banting, 42600 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Berdaftar dengan Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan (ePerolehan), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). dan bertaraf Bumiputra sepenuhnya. Syarikat ini telah melaksanakan pembolehan ePerolehan bagi kemudahan Jabatan dan Agensi kerajaan membuat pembelian terus secara atas talian. Syarikat ini adalah dahulunya merupakan salah sebuah syarikat panel vendor dibawah Guthrie Furniture Sdn. Bhd. Semenjak 1995 seingga kontrak pusat perabot Kementerian Kewangan – Guthrie Furniture ditamatkan pada Mac 2004. Kini syarikat ini adalah salah sebuah syarikat panel pembekal yang diperakui melalui ‘pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 2 tahun 2014 untuk melaksanakan bekalan kelengkapan perabot melalui pembelian terus jabatan.

Syarikat ini adalah juga merupakan kontraktor kerja Kejuruteran awam dan Pembinaan yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berpengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan, pembaikan am, penyenggaraan dan pengecatan, membina, membekal dan memasang perabot bina dalam, kerja-kerja ubahsuai pejabat dan rumah kediaman, kerja-kerja landskap dan seni taman.
 
Syarikat ini juga berdaftar sebagai kontraktor pembekal dengan berbagai jabatan dan diantaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad, Petroleum nasional Berhad (PETRONAS), Universiti Tekonolgi Mara (UITM), Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Felda, Lembaga Tabung Haji dan lain-lainnya.

Syarikat ini diterajui oleh sekumpulan ahli pengurusan yang berpengalaman di dalam pelbagai bidang di atas. Oleh yang demikian, syarikat ini mampu memberikan perkhidmatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan.